Saturday, 13 July 2013

puasa puasa!!

Assalamualaikum semua :)

Selamat melakukan ibadah puasa.. harap-harap ini bukan kali terakhir kita semua berpuasa.. sejujurnya.. seumur hidup aku, ini kali pertama aku sambut bukan ramadhan ni dengan gembira sekali..sebelum ni, setiap kali bulan puasa mesti aku rasa lemah (malas nak puasa) tapi kali ni belum ramadhan lagi aku dah happy semacam..tak tau sebab apa. hari pertama puasa aku rasa sebak sangat..tak tau sebab apa, sampai aku menangis..mungkin aku rasa menyesal dengan semua kelakuan aku sebelum sebelum ni..ok!! tak mau lah sedih sedih..kita mesti positif!

ok, kali pertama aku penuh puasa tak silapnya masa tu aku darjah tiga kut..haha..selalu sangta ponteng..dah selalu ponteng tu ayah aku marah lah..dah besar besar puasa tak penuh.. time darjah tiga ayah aku janji kalau puasa penuh ayah aku bagi duit raya lebih. so memang aku puasa lah sebulan u semata mata nak duit raya lebih..sampai lah tahun taun selepas tu..aku ingat lagi,, mak aku pernah janji aku, kalau puasa penuh umi bagi hadiah.. aku ingat puasa penuh tu sebulan..hari pertama puasa lepas berbuka.. mak aku panggil..ingat ada apa..rupanya nak bagi hadiah.buka buka semua pink!!.. baju pink pen pink buku pink pemadam pink beg pink..semua sama gambar hello kitty..aku pun apa lagi melompat lompat tak ingat dunia..sampai termuntah kau tau..kenyang sangat pastu melompat macam beruk mana tak muntah..sakai!

ni sekarang dah besar takde lah nak monteng..ponteng pun ada sebab..hehe..yang memalukan adik adik aku puasa penuh sejak umur dyeorang 7 tahun..darjah satu la.. dah tu ayah dengan mak aku ungkit kisah lama..malu aku dibuatnya..tapi dh besar besar pun aku still dapat hadiah sebab puasa penuh..kalau tak penuh pun dapat jugak..haha.dah besar besar ni jugak lah aku belajar maksud puasa tu apa..


Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".

kelebihan puasa pada bulan ramadhan ni

1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka
3. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
4. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
5. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
6. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
7. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
8. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.


jadi jangan sia sia kan bulan ramadhan ni..mana tau tahun depan kita tak dapat nak sambut lagi..
ok sampai sini je ye.. bye!

Saturday, 15 June 2013

2 minggu cuti~

Assalamualaikum,,

yup cuti dua minggu dah habis..sebelum cuti haritu aku ingat nak lah bukak blog hari hari..nak post banyak banyak, tapi budak nak ambil SPM lah katakan,, sepanjang cuti dua minggu tu aku ada kelas tambahan..kami hanya cuti pada hari Sabtu dan Ahad sahaja..dah lah ada kelas, aku kena duduk rumah nenek aku sebab dekat dengan sekolah..so takde lah hari hari tekejar-kejar nak ke sekolah..jarak rumah aku ke sekolah 25km..rumah nenek aku ke sekolah just 2km..so lagi dekat.satu lagi sebab aku duduk rumah nenek aku sebab mak dengan ayah aku takde pergi menunaikan umrah..dah duduk rumah nenek aku tu tengok tv je lah..internet takde sebab nenek aku duduk sorang je.dia pun asyik layan astro oasis dengan al-hijrah..dah aku dengan adik aku datang.tv tu kami yang punya..haha kesian nenek

sepanjang dua minggu tu..adik aku tak duduk diam..terpisah lama sangat dengan mak aku..time tu mak aku dekat KL lagi..pukul 3 petang bertolak..dalam pukul 2 lebih mak aku ada call..adik aku yang jawab

Anum: umi..umi kat mana?

umi: umi dekat klia..nanti pukul 3 umi pergilah..

Anum: umi..lambat lagi ke?? cepat sikit

umi: ish anum ni.naik kapal terbang pun belum lagi dah suruh balik cepat..

kesian aku tengok..tapi tak kisah lah..sekarang mak dengan ayah aku dah balik..time jemput mak dengan ayah aku dekat KLIA..memang frust gila..tau tak??!!

aku tau Kim Jong Kook (Running Man) nak datang Malaysia, tapi aku tak ingat tarikh dia bila..bila aku sampai KLIA ..aku ada nampak poster dia..terus aku cakap kat adik aku Arif,,Jong Kook nak datang Malaysia..time tu aku debar-debar..dah ambil mak dengan ayah aku tu..baru aku tau..Kim Joog Kook datang hari yang sama aku jemput mak dan ayah aku..aku cuma lambat 1 jam je..kalau awal sampai..dapat aku jumpa dia...adik aku lah lambat sangat..semua perasaan ada bila aku tau Jong Kook tu baru sampai..tapi nak buat macam mana..benda dah lepas..nanti dah habis sekolah aku nak pergi Korea terus...hari-hari ngadap artis korea..haha..

k sekarang aku nak kogsi gambar mak dengan ayah aku di sana





















Saturday, 18 May 2013

Bruno Mars

Assalamualaikum..ok sekarang saya tak nak pakai perkataan 'saya'..nampak baik sangat, padahal aku ni bapaknye lah jahat. no!! tak ada lah sampai macam tu sekali, nakal-nakal sikit aja la yo..ok sekarang aku..ceh wah 'aku' tu..hehe ok cerita pasal si Bruno Mars ni, pada mulanya aku punya lah benci Bruno Mars ni..macam-macam yang aku cakap.. to all Bruno Mars fans, aku cakap yang Bruno Mars ni

1. Hitam
2. Pendek
3. Tak hensem
4. Rambut kerinting mengalahkan maggi
5. macam dia lah yang pandai nyanyi
6. macam lah orang ramai minat dia
7. sakai
8. ingat dia bagus sangat

macam-macam lagi lah yang aku cakap.. yang aku peliknya, sampai ada orang sanggup mengaku Bruno Mars tu suami dia.. dey! dia tak kenal kau pun lah..apa lagi nak jadi suami kau..dekat Malaysia ni ramai orang lagi yang boleh jadi suami kau.. mamat hitam kerinting tu jugak yang kau nak, tak da otak ka?

huh ok..kalau korang peminat Bruno Mars, mesti kau benci aku kan sebab aku kutuk dia macam-macam..even kawan baik aku pun marah aku balik bila aku kutuk buah hati dia tu..sampai satu tahap, aku terformat memory card phone aku..so hilang semua lagu kpop yang aku ada.. (aku peminat kpop, tu yang tak minat Bruno Mars), then aku teringat yang sepupu aku ada sikit lagu kpop, bagi aku sikit pun sikitlah asalkan ada.. tengah nak cari lagu tu, aku ternampak satu tajuk lagu ni, lagu Bruno Mars lah, tajuk dia Talking To The Moon, aku tanya sepupu aku, best ke?,, peminat Bruno Mars mestilah cakap best..so aku pun bluetooth lagu tu, time tu aku tak dengar lagi, aku terus send kat phone aku..dah bluetooth lagu kpop, aku tengok lah lagi lagu-lagu yang lain, banyak lagu Bruno Mars, aku pun ambil lagi, count on me, grenade ,banyak lagi lah

dah siap tu, aku dengar lah lagu Talking To The Moon.. MAK AIII MAT KERINTING PUNYA SUARA SEDAP SEH!!... haha suara dia memang suara jantan..merdu.aku dengar cair terus..(tapi aku still peminat kpop yang setia) dah dengar, aku terus dengar lagu dia yang lain..sumpah!! aku menyesal kutuk dia..tapi yang aku pelik..aku dah banyak kali dengar lagu dia, tapi kenapa sekarang baru aku minat??..pelik~~

aku pun terus cari orang yang ada buat cover Talking To The Moon,, Apa yang buat aku nyawa-nyawa ikan ialah, aku jumpa artis korea cover lagu tu!! Hanbyul from Led Apple!! ARGHH!!!!...aku terus kena sawan masa tu..dengar dia cover lagu Bruno Mars buat aku lagi cair..arghh..dah aku tak nak cerita banyak-banyak..sakit jantung aku dibuatnya..hhuhuhuh...thank you sebab baca..aku yakin,, yang baca ni mesti ramai peminat Bruno Mars sebab Tajuk kat atas tu BRUNO MARS..ok bye!