Saturday, 13 July 2013

puasa puasa!!

Assalamualaikum semua :)

Selamat melakukan ibadah puasa.. harap-harap ini bukan kali terakhir kita semua berpuasa.. sejujurnya.. seumur hidup aku, ini kali pertama aku sambut bukan ramadhan ni dengan gembira sekali..sebelum ni, setiap kali bulan puasa mesti aku rasa lemah (malas nak puasa) tapi kali ni belum ramadhan lagi aku dah happy semacam..tak tau sebab apa. hari pertama puasa aku rasa sebak sangat..tak tau sebab apa, sampai aku menangis..mungkin aku rasa menyesal dengan semua kelakuan aku sebelum sebelum ni..ok!! tak mau lah sedih sedih..kita mesti positif!

ok, kali pertama aku penuh puasa tak silapnya masa tu aku darjah tiga kut..haha..selalu sangta ponteng..dah selalu ponteng tu ayah aku marah lah..dah besar besar puasa tak penuh.. time darjah tiga ayah aku janji kalau puasa penuh ayah aku bagi duit raya lebih. so memang aku puasa lah sebulan u semata mata nak duit raya lebih..sampai lah tahun taun selepas tu..aku ingat lagi,, mak aku pernah janji aku, kalau puasa penuh umi bagi hadiah.. aku ingat puasa penuh tu sebulan..hari pertama puasa lepas berbuka.. mak aku panggil..ingat ada apa..rupanya nak bagi hadiah.buka buka semua pink!!.. baju pink pen pink buku pink pemadam pink beg pink..semua sama gambar hello kitty..aku pun apa lagi melompat lompat tak ingat dunia..sampai termuntah kau tau..kenyang sangat pastu melompat macam beruk mana tak muntah..sakai!

ni sekarang dah besar takde lah nak monteng..ponteng pun ada sebab..hehe..yang memalukan adik adik aku puasa penuh sejak umur dyeorang 7 tahun..darjah satu la.. dah tu ayah dengan mak aku ungkit kisah lama..malu aku dibuatnya..tapi dh besar besar pun aku still dapat hadiah sebab puasa penuh..kalau tak penuh pun dapat jugak..haha.dah besar besar ni jugak lah aku belajar maksud puasa tu apa..


Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".

kelebihan puasa pada bulan ramadhan ni

1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka
3. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
4. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
5. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
6. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
7. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
8. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.


jadi jangan sia sia kan bulan ramadhan ni..mana tau tahun depan kita tak dapat nak sambut lagi..
ok sampai sini je ye.. bye!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.